Friday, January 7, 2011

Mana,Dari Dan Ke......

show us the straight path.the path of those whom thou has favoured,not the path of those who earn thine anger nor of those who go astray~(al-fatiha verses 6-7)

.....SALAM.....

dulu ramai yang bertanya dekat aku,ko takda blog ke?
--aku cakap kat dia orang,ADA tapi aku simpan sendiri,aku tak nak publish,sebab dalam tu aku banyak rahsia,banyak yang berkenaan diri aku yang tak patut di kongsi,blog tu milik aku sorang,so aku boleh buat dan tulis sesuka hati aku,tak perlu risau dekat orang lain,lagi pun kenapa nak share dengan orang???...takda alasan yang kukuh untuk aku share dengan orang--

ada juga yang suruh aku buat blog,dia orang tak tahu aku dah ada blog sebenarnya...hehehe...
dia cakap:"enta(ko) patut buat blog,ana(org yg ckp) rasa enta harus kongsikan pandangan dan pendapat yang enta punya,banyak kelebihan dan kebaikannya..."

seriously,masa tu aku tak pernah pun terfikir untuk share blog aku dekat orang lain,sebab masa tu aku anggap segala-galanya berkenaan diri aku,tak perlu fikir dan ambil peduli tentang orang lain.....aku dengan prinsip aku pada masa tu....
"I WALK ALONE"
.....hehehe.......


dengan berjalannya waktu dan menigkatnya usia aku ni,aku berfikir balik segala-galanya tentang hidup aku...


tentang siapa aku?
tentang tujuan hidup aku?
apa makna hidup ini bagi aku?
tentang apa yang aku mahukan dalam hidup?

berfikir tentang persoalan-persoalan itu dan banyak lagi soalan-soalan lain membuatkan aku berfikir kembali dan melihat ke belakang tentang masa lalu aku....


dari mana aku datang?
apa yang telah aku buat selama ni?
sedarkah aku tentang apa yang telah aku lakukan?

berfikir tentang sejak aku mula dilahirkan sampai sekarang,
rupa-rupanya sudah jauh aku berjalan.....
sudah banyak pengalaman yang tanpa aku sedari telah aku lalui....
baik,buruk...sedih,gembira....senang,susah....

aku mulai sedar dari mana aku datang dan ke mana tujuan aku ni....

kita semua adalah pengembara...tak kira di mana kita berada,lebih-lebih aku sebagai student yang jauh dari rumah....

lupakah aku,aku sebagai manusia yang mengembara jauh dalam hidup ini...

pengembara yang mencari JALAN PULANG...kita rindu untuk pulang ke rumah,kita rindu untuk pulang ke kampung halaman yang tercinta....kita tercari-cari jalan untuk pulang, jalan darat dengan berjalan,jalan laut dengan belayar,jalan udara dengan terbang....bagi student seperti aku jalan pulang itu adalah tempah tiket flight...hehehe....

lupakah aku, hidup ini adalah jalan,bagaimana kita menjalani hidup kita menentukan ke mana kita selepas hidup.....


jalan pulang yang membawa kita ke DESTINASI TERAKHIR....destinasi terakhir adalah tujuan kita,kebanyakan student seperti aku memandang destinasi terakhir adalah rumah tersayang,benarkah?......


lupakah aku,di mana destinasi akhir bagi hidup kita???

aku mulai sedar bahawa hidup ini adalah berkenaan dengan KITA bukan AKU semata....

aku merasakan patut untuk berkongsi apa yang aku lihat,apa yang aku dengar,apa yang aku rasa dan apa yang aku faham dengan orang lain dengan menulis blog ini...

aku berharap ia menjadi signboard kepada aku dalam mencari jalan pulang dan mudah-mudahan blog ini menjadi signboard kepada orang lain untuk menemui jalan pulang mereka....

blog ini akan menjadi tempat perkongsian pendapat dan pandangan aku tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling dan sekitar aku....

maybe i'm right and maybe i'm wrong,correct me if i'm wrong....

p/s : sorry kalau tersalah bahasa,ni 1st time tulis blog untuk umum
p/s : untuk entry mendatang sorry kalau ada yang terasa atau tidak berpuas hati,sebab tak terbiasa menulis untuk tatapan orang lain

tunjukkan aku jalan pulang atau pulanglah bersamaku.....

2 comments:

  1. ape blog yg private? nak baca ;p

    ReplyDelete
  2. hahaha.....dalam banyak2 soalan dan komen,soalan dan komen tu gak ko guna...hahaha...
    sori bro...yg tu gwe simpan sendiri...tp dun wori...akan gwe masukkan 1 2 yg private yg sesuai dlm ni....cuma gwe xmention yg mana...kne teka sendiri....hahaha.....

    ReplyDelete

orang kata...