it is only those who have knowledge among his slaves that fear Allah...35:28
esok ada ujian/exam CRP(comunity research program)...
lusa ada exam BHP(bioethic and humanity program)...
tulat ada exam MDE GIS(gastro intestinal system)...
esoknya lagi ada exam compre BHP dan seterusnya compre CRP...
tengah-tengah orang lain tengah duduk study,sempat pulak aku main-main dekat sini.....hehehe...
anggaplah aku tengah berehat sekejap,tak pun anggaplah aku dah tepu dengan study....
atau
memang aku malas nak study dan sebab banyak yang kena baca yang aku tak baca lagi membuatkan aku tak ada mood nak belajar???
ujian...uijan.....exam...exam.....test...test.....
dari kecil sampai besar,kerja asyik ujian memanjang...
takpe2...nak jadi pelajar yang berjaya memang macam tu,nak berjaya jadi doktor memang macam tu...nak jadi orang kaya pun memang macam tu...
hidup juga memang macam tu...akan sentiasa di hadapkan dengan ujian...supaya kita menjadi manusia yang berjaya...
ujian itu mendewasakan kita,membuktikan siapa kita...
bercakap tentang ujian ni,teringat pula aku dekat satu analogi tentang UJIAN......
ceritanya macam ni,cuba korang bayangkan,korang tengah lapar,"lapar gile hek"(bahasa yang sering diguna,menggambarkan keadaan yang sangat lapar)...hehehe...,dah 3 hari tak makan...
maka korang pun pergi lah berjalan-jalan,cari makanan....
lama korang jalan,maka nak dijadikan cerita korang sampai lah di sebatang sungai,sungai tu luas dan diseberang sungai tu ada jalan tepi jalan tu penuh dengan makanan...sungai itu menjadi UJIAN bagi korang dalam mencapai makanan itu untuk menghilangkan kelaparan korang.....
sebut saja apa yang korang nak,semua ada....nak makan ayam bakar,ada,siap ayam golek madu lagi....nak makan daging bakar,ada,daging bakar barbeque lagi....nak makan kek,kek coklat tambah krim putar dengan toping strawberi with molten chocolate,pergh...nak makan ais krim,segala jenis perisa atas dunia ni,korang boleh jumpa....
buat aku terasa betul-betul lapar la pulak....hohoho....
ringkaskan,macam-macam jenis makanan ada tetapi makanan tu di seberang sungai....
maka untuk menyeberang sungai tu dan untuk mendapatkan makanan tu....
korang kena USAHA
usaha korang maybe dengan berenang....mungkin juga membina sebuah sampan untuk menyeberang....mungkin juga membuat sebuah jambatan....
katakanlah korang memutuskan untuk menyeberang sungai dengan membuat sampan...
maka korang cari kayu,mula buat kerja,last last jadi lah sebijik sampan....
jangan sampan korang jadi macam gambar dekat bawah ni sudah...hehehe..
korang pun guna lah sampan tu untuk menyeberang,kayuh sampan tu sekuat tenaga....
agak-agak korang la,korang rasa korang berjaya tak menyeberang sungai???
bagi aku belum tentu...
kerana persoalannya...
adakah dengan membuat sampan dan mengayuh sampan itu sahaja cukup untuk menentukan korang berjaya menyeberang sungai?
sebenarnya,banyak faktor lain yang menentukan korang berjaya atau tidak menyeberang sungai...
kena consider faktor laju arus sungai,kalau arus sungai itu sangat deras,korang maybe terbawa arus sungai,kuat macam mana pun korang kayuh,in the end korang terbawa arus sungai ke muara...terlepas tempat makanan tadi...
kena consider juga,faktor apa yang ada dalam sungai,kalau lah dalam sungai tu ada batu tajam yang besar,yang tak terlihat pada permukaan sungai,korang kayuh sampan,langgar batu tu,sampan bocor,sampan tenggelam,tak reti berenang,tak berjaya juga korang seberang sungai....
dalam menyeberang sungai,ada FAKTOR YANG BOLEH DIKAWAL dan ada FAKTOR YANG TAK BOLEH DIKAWAL
sama juga dengan exam yang akan dihadapi...
cukupkah dengan baca dan belajar saja berjaya?
kita boleh berUSAHA dengan membaca dan belajar bersungguh-sungguh,itu adalah FAKTOR TERKAWAL,benda yang boleh kita lakukan...
FAKTOR TAK TERKAWAL macam mana?
contohnya,soalan exam yang keluar,korang boleh kawal ke soalan apa yang keluar,contohnya tahap kesihatan korang masa exam,boleh kawal ke?kalau tiba-tiba patah dua-dua belah tangan camna?,khabar berita yang melemahkan fokus,kalau tiba-tiba dapat berita kematian keluarga camna?.....
lebih-lebih lagi ialah tentang RESULT UJIAN tu sendiri,berjaya atau gagal,boleh korang kawal?
untuk yang TAK TERKAWAL ni,kita memang tak boleh kawal,satu-satunya cara yang boleh dilakukan ialah kita kena kembali kepada YANG MAHA MENGAWAL,mohon kepada DIA supaya memudahkan jalan kita untuk berjaya..dekatkan diri kepadaNYA kerana DIA pengawal segala sesuatu,kerana DIAlah sebenarnya yang menentukan akhir segala RESULT...
--Tiada sesuatu urusan itu mudah melainkan DIA jadikannya mudah, dan DIAlah menjadikan kesukaran itu mudah apabila DIA menghendakinya--
dalam hidup ini,kita kena BERUSAHA kerana USAHA adalah cara untuk kita berjaya,tapi at the same time,jangan lupa untuk DOA dan BERSERAH DIRI kerana keputusan bukan kita yang menentukan....tanpa usaha kita tak akan berjaya dan tanpa DOA serta BERSARAH DIRI juga kita tak akan berjaya....dua-dua point itu adalah penting dan perlu kita implimentasi(buat) semasa menghadapi ujian,tak kira apa bentuk ujian sekalipun..
alamak lama la pulak,aku berhenti setakat sini dulu,nak sambung study pulak...
p/s : kepada yang nak exam,study lah bersungguh-sungguh,believe that you can do it dan berdoalah dan berserah dirilah kepada YANG BERKUASA...semoga berjaya untuk semuanya.....
p/s : doakan kejayaan aku juga,what you give you get back....hehehe....
tunjukkan aku jalan pulang atau pulanglah bersamaku...
maybe i'm right and maybe i'm wrong,correct me if i'm wrong...